Mengenali Google Adsense Secara Asas
“Google Adsense” merupakan suatu program pengiklanan yang disediakan oleh syarikat terkemuka Google di mana mereka akan berkongsi keuntungan kepada webmaster atau pemilik laman web yang meletakkan iklan Google di laman mereka dengan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.
Google akan membayar setiap klik yang membawa trafik kepada pelanggan mereka apabila seseorang itu menekan klik pada mana-mana iklan yang dimiliki oleh google.
Terdapat satu lagi istilah yang digunakan oleh google yang perlu anda tahu supaya anda tidak terkeliru dengannya iaitu “Google Adword“.
“Google Adword” merupakan suatu servis atau khidmat pengiklanan daripada Google di mana seseorang yang ingin memaparkan iklannya boleh melakukannya di sini dengan dikenakan syarat iaitu mereka dikehendaki untuk membayar setiap trafik yang dibawa masuk ke laman web mereka melalui Google Adsense.
Setiap kali pelawat laman web anda klik pada iklan Google yang diletak di laman web anda, ketika itulah duit poket anda akan diisi.Lebih banyak klik yang anda dapat,lebih banyak duit yang akan anda peroleh.


February 4th, 2010 at 1:56 pm
Hi there writer , awesome blog there. I yahoo your webkeep it going .I frankly love to browse your blog.Last of all have good day cheers!