Abejali Technology

The Way To Success
Subscribe

Archive for November, 2009

Cara Daftar Marketiva Langkah Demi langkah

November 17, 2009 By: abejali Category: Fx Market 2 Comments →

Marketiva adalah antara platform terbaik yang boleh digunakan untuk individu / organisasi yang baru menceburkan diri di dalam dunia forex dengan menyediakan alatan-alatan asas yang mudah difahami dan senang digunakan. Sekiranya anda sesorang yang profesianal dan ingin mendapatkan alatan yang lebih kompleks. Anda digalakkan untuk mendapatkan servis broker lain yang menyediakan alatan analisis yang pelbagai.

A. Untuk membuka akaun forex secara percuma, sila isikan borang di sini. Di dalam masa kurang daripada 5 minit anda mungkin sudah boleh untuk melaksanakan proses transaksi. Anda akan mendapat 5 USD wang sebenar dan 10,000 USD Wang Demo untuk anda berlatih di dalam platform sebenar.

Penting:  Anda perlu memasukkan maklumat yang sebenar , mulai daripada Nama, Alamat, Nombor Telefon, Poskod, Negeri dan Negara. Pengguna yang didapati memasukkan maklumat palsu atau rekod pendaftaran bertindih, akaun tersebut akan dihapuskan serta merta . Setiap individu  hanya boleh mendaftar 1 akaun sahaja, kerana apabila anda mendaftar lebih daripada 1 akaun, maka akaun  anda akan dibekukan.  Anda akan diminta untuk memuat naik(Upload) lampiran kad pengenalan / lesen memandu. di bahagian akhir pendaftaran untuk proses pengesahan.

Cara Mengisi Borang Pendaftaran:

Anda perlu mengisi sekurang-kurangnya data yang bertanda (*).

  1. Username (*): Gunakan username/nickname yang sesuai, misalnya: traderfx, FxKiller, dll
  2. Password (*): Masukkan kata laluan gabungan huruf dan angka sekurang-kurangnya 8 karaktor
  3. First Name (*): Nama Awal Anda
  4. Middle Initial: Nama tengah Anda (1 karakter), kosongkan sahaja (jika anda tak memiliki nama tengah) atau masukkan nama tengah anda ke Last Name (jika anda memiliki nama tengah)
  5. Last Name (*): Nama akhir  Anda, jika nama Anda hanya terdiri dari satu suku kata, masukkan nama Anda tersebut di field First Name dan Last Name. Contoh: jika nama Anda adalah Micheal, maka masukkan First Name: Micheal, Last Name: Micheal.
  6. Job Title : Masukkan pekerjaan anda sekiranya ada
  7. Organization : Masukkan nama organisasi anda sekiranya ada
  8. Street Address (*): Masukkan Alamat Terkini tempat tinggal anda
  9. Additional Address : Kosongkan atau isikan alamat seterusnya jika  perlu.
  10. City (*): Bandar
  11. Zip/Postal Code (*):Poskod
  12. State/Province (*): Negeri
  13. Country/Region (*): Negara
  14. Phone (*): Nombor telefon kediaman anda. Sekiranya tiada, masukkan nombor telefon mudah alih anda di sini.
  15. Fax : Kosongkan
  16. Mobile : Kosongkan atau isikan dengan nombor telefon mudah alih anda
  17. E-mail (*): Alamat e-mail Anda. Pastikan ia aktif kerana sebarang verifikasi atau info akan dihantar ke email tersebut
  18. Website : Kosongkan atau isi dengan alamat halaman web anda

Klik tombol Continue =>

  1. User Template (*): Pilih Standard Forex Trader
  2. Coupon: Kosongkan sekiranya anda tiada upline atau penaja (kupon bukan bermaksud diskaun, tetapi hanya sekadar menyatakan bahawa anda berada di bawah kumpulan(downline) seseorang. Anda akan mendapat beberapa faedah daripada marketiva sekiranya mempunyai upline) . Anda boleh mendapatkan kupon downline daripada saya sekiranya berminat dengan menghantar email kepada abejali@yahoo.com
  3. Recovery Question (*): Soalan yang akan ditanya sekiranya anda terlupa kata laluan semasa
  4. Recovery Answer (*): Jawapan daripada soalan yang dikemukakan. Anda disarankan untuk membina  jawapan daripada beberapa patah perkataan untuk menjamin keselamatan akaun anda.

Klik tombol Next =>

Tandakan pada ruangan checkbox pilihan :

I have read, understood, and agree with the Service Agreement under which Marketiva Corporation provides it services and products. I have also read and understood the Risk Disclosure statement and I am willing and able to assume such risks.

Setelah itu klik butang Finish. Proses pendaftaran Anda telah selesai.

B. Untuk memulakan perniagaan forex, anda memerlukan perisian marketiva yang boleh dimuat turun di sini

Setelah fail dimuat turun(Download) maka teruskan langkah berikut dengan memasukkan(install) perisian tersebut ke dalam sistem anda . (Jangan menggunakan software / program downloader ataupun accelerator ketika anda memuat turun perisian ini)

C. Adakalah digalakkan supaya anda melaksanakan proses pengesahan akaun (Account Identification) setelah mendaftar.

Anda boleh melakukan proses pengesahan pada bila-bila masa setelah selesai mendaftar.  Adalah disarankan untuk anda supaya memuat naik (Upload) lampiran kad pengenalan atau lessen memandu yang telah diimbas (Scan)  agar akaun anda tidak dbekukan atau dihapus. Kecuali jika komputer tempat anda mendaftar tidak pernah digunakan oleh pengguna lain yang juga merupakan pelanggan marketiva.

Apabila akaun anda dibekukan, anda tidak perlu mendaftar semula kerana biasanya akaun baru tersebut akan dihapus atau dibekukan serta merta. Satu-satunya cara untuk mengaktifkan akaun anda yang dibekukan ialah dengan memuat naik dokumen-dokumen yang diperlukan oleh pihak marketiva.

Bagaimanapun saya menyarankan anda  supaya segera melaksanakan proses pengesahan setelah mendaftar supaya anda mendapat 2 manfaat berikut.

  1. Dapat memasukkan dana ke dalam akaun
  2. Bebas daripada pembekuan akaun (suspend/block)  apabila anda melaksanakan perniagaan forex di komputer yang pernah digunakan oleh pelanggan lain)

Untuk proses pengesahan, Dokumen yang diperlukan ialah:

  1. Picture Identification: Berupa kad pengenalan yang diimbas(Scan) di dalam format JPEG berwarna (lebih disarankan) atau minimum greyscale/monochrome (bukan fotokopi!). maksimum saiz fail ialah 100 Kb.
  2. Identification confirming the customer’s address: Berupa bil-bil utililiti semasa yang diimbas(Scan) bagi mengesahkan alamat  anda, contohnya bil elektrik, bil telefon, bil air dan sebagainya.  Jika anda tidak mempunyai dokumen-dokumen tersebut, anda boleh mencuba untuk meletakkan salinan pendua fail kad pengenalan anda di bahagian ini (Tiada sebarang jaminan). Klik di SINI untuk melaksanakan proses pengesahan.

D. Untuk memulakan transaksi Forex di marketiva, bukalah perisian yang telah dimasukkan ke dalam sistem komputer anda.  Login atas nama dan katalaluan yang telah didaftarkan dan bertindaklah secara bijak.

abejali


Menjana Pendapatan Menerusi Perniagaan FX (Forex Market)

November 15, 2009 By: abejali Category: Fx Market 3 Comments →

Tahukah anda bahawa anda mampu untuk menjana pendapatan berterusan menerusi perniagaan Fx (Forex Market) ?

Sekiranya anda berminat , teruskan untuk membaca artikel ini. sekiranya tidak, tiada sebarang paksaan. Ada beberapa persoalan yang sering bermain di fikiran seseorang yang ingin menceburi bidang Fx. Di sini saya ingin menjawab beberapa persoalan berikut.

1-Berapa banyak modal yang diperlukan untuk menceburi bidang Fx ?

Sekiranya anda tidak mempunyai sebarang modal dan masih baru di dalam perniagaan Fx, langkah pertama yang boleh anda laksanakan ialah dengan mendaftar pada mana-mana servis yang memberikan modal percuma untuk anda. Adalah tidak digalakkan untuk anda bermain dengan modal yang sebenar sekiranya anda masih baru di dalam bidang Fx. Hampir keseluruhan servis Fx menyediakan akaun demo untuk anda menguji kebolehan serta mengasah bakat sebelum menceburi bidang yang berisiko tinggi ini.

Salah satu servis Fx yang terkenal ialah Marketiva. Marketiva memberikan modal sebenar sebanyak 5 USD bagi setiap individu yang mendaftar di bawahnya serta 10,ooo USD modal demo untuk anda mengasah bakat tersendiri.

2- Apakah persediaan lain yang saya perlu ada di dalam dunia Fx ?

Apa yang anda perlukan ialah hati yang teguh, kesabaran yang tinggi  serta minda yang kuat.

3-Benarkah Fx mampu menjana pendapatan yang begitu besar ?

Ia bergantung kepada tindakan, pengetahuan dan pengalaman anda untuk membuat keputusan bagi setiap pergerakan pasaran semasa. Pasaran Fx hanya ada 2 arah iaitu ke atas atau ke bawah. Anda dinasihatkan untuk peka terhadap situasi semasa, membaca artikel-artikel daripada penganalisis yang berpengalaman serta membuat diskusi berkumpulan untuk mendapatkan keputusan analisa yang tepat.

4-Adakah perniagaan Fx halal dari segi perundangan islam ?

Ya, perniagaan Fx adalah halal dengan bersyarat mengikut perundangan islam .. Sila rujuk fatwa kesepakatan ulama atau ahli-ahli agama yang berpengetahuan di dalam dunia Fx untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Info Pengarang :

Telah menceburi bidang Fx sejak tahun 2004 . Insya ALLAH saya akan membantu anda di dalam kaedah membeli/menjual Fx pada masa yang sesuai dengan menyertai kumpulan saya. Sertai saya di dalam dunia Fx di Marketiva dengan mendaftar di sini.

P/S : Anda tidak rugi untuk mencuba kerana anda tidak langsung mengeluarkan sebarang modal untuk menyertai dunia fx sebagai permulaan. Tetapi anda telahpun dianggap gagal sekiranya anda tidak mahu langsung mencuba.

Jadi Apa Tunggu Lagi !: Klik di sini untuk mendaftar dan temui saya di sana :)

abejali


How To Get My IPv4 or IPv6 Address

November 10, 2009 By: abejali Category: VB.Net 1 Comment →

This is my simple function to get local IPv4 and IPv6 Address ..
Feel free to use it at your own ..

Public Class Form1

    Private Function GetAllMyAddress() As Array
        'System.Net.Dns.GetHostName
        Dim h As System.Net.IPHostEntry = System.Net.Dns.GetHostEntry("")
        Return h.AddressList.ToArray()
    End Function

    Private Function GetMyAddress(ByVal addressFamily As Net.Sockets.AddressFamily) As String
        'System.Net.Dns.GetHostName
        Dim h As System.Net.IPHostEntry = System.Net.Dns.GetHostEntry("")
        For Each address In h.AddressList
            If address.AddressFamily = addressFamily Then
                Return address.ToString
            End If
        Next
        Return "0.0.0.0"
    End Function

    Private Sub Button1_Click(ByVal sender As System.Object, ByVal e As System.EventArgs) Handles Button1.Click
        MsgBox(String.Format("My IPv4 Address Is : {0}", _
                GetMyAddress(Net.Sockets.AddressFamily.InterNetwork)))
    End Sub

    Private Sub Button2_Click(ByVal sender As System.Object, ByVal e As System.EventArgs) Handles Button2.Click
        MsgBox(String.Format("My IPv6 Address Is : {0}", _
                GetMyAddress(Net.Sockets.AddressFamily.InterNetworkV6)))
    End Sub

    Private Sub Button3_Click(ByVal sender As System.Object, ByVal e As System.EventArgs) Handles Button3.Click
        For Each item In GetAllMyAddress()
            MsgBox(item.ToString)
        Next
    End Sub

End Class

Download This Project  Here