Meningkatkan Ranking Melalui Social Bookmarking
Sekiranya anda tidak mendaftarkan artikel,blog serta laman web anda di halaman web Social Bookmarking, anda sebenarnya telah banyak kehilangan potensi terutamanya daripada pihak Google.
Sesuatu laman web tidak semestinya memerlukan link yang banyak untuk memantapkan kedudukan anda di rangkaian enjin carian.
Social Bookmarking mempunyai banyak kelebihan pada Google. Google sangat menyukai laman web yang demokratik untuk menentukan kedudukan laman web menerusi algoritma mereka yang tersendiri.
Dengan menghantar maklumat laman web anda kepada halaman web social bookmarking, link-link tersebut akan sentiasa diteroka dan ranking anda akan menampakkan perubahan dengan pantas. Kekerapan penerokaan ialah di dalam tempoh beberapa hari sahaja berbanding 3 bulan secara kebiasaan.
Antara halaman web Social Bookmarking yang boleh anda layari ialah Socialmarker.com dan onlywire.com. Socialmarker.com berkebolehan untuk menguruskan maklumat laman web anda secara semi automatik manakala onlywire.com berkebolehan untuk menguruskan maklumat laman web anda secara automatik sepenuhnya.
Kedua-duanya adalah tools(alatan) yang baik untuk diberi perhatian dan yang paling menggembirakan ialah servis mereka adalah percuma.
Apabila anda menghantar sesuatu maklumat kepada laman web social bookmarking, setkan tajuk tag kepada katakunci yang anda mahu supaya ranking atau kedudukan anda dinilai dengan baik.
Sekiranya anda berminat untuk menghasilkan trafik kepada laman web anda melalui social bookmarking sendiri, anda mestilah mengolah tajuk tersebut supaya menjadi lebih mesra kepada pengguna.
Sebagai contoh, sekiranya anda ingin mendapatkan ranking bagi “Social Bookmark” maka setkan tajuk anda kepada “Social Bookmark”. Tetapi jika anda ingin menarik perhatian lebih ramai pengunjung, maka tajuk “Social Bookmark – Kaedah terbaik untuk meningkatkan prestasi kunjungan!” adalah lebih baik. Perlu diingatkan bahawa anda hanya akan memusnahkan nilaian sesuatu link sekiranya katakunci yang anda gunakan tidak bertepatan dengan laman web anda.
Jadi sekiranya anda mencari-cari tempat untuk mempromosikan web anda, halaman web social bookmarking adalah salah satu daripada jalan penyelesaian terbaik.
Mereka tidak menghasilkan keajaiban bagi meningkatkan kedudukan anda di enjin carian, tetapi mereka adalah tempat terbaik untuk menghasilkan kunjungan yang berganda untuk mempopularkan halaman web anda.
Selamat mencuba dan selamat maju jaya.


