Abejali Technology

The Way To Success
Subscribe

Archive for the ‘PayPal’

Panduan Pendaftaran PayPal

January 15, 2008 By: abejali Category: PayPal No Comments →

Mungkin ada yang tidak tahu bagaimana untuk mendaftarkan diri bagi menggunakan perkhidmatan PayPay dan pada kali ini saya ingin memberikan sedikit kupasan mengenai.

Definisi Umum:

PayPal merupakan perkhidmatan pengurusan transaksi kewangan secara elektronik yang boleh digunakan pada hampir mana-mana tempat di seluruh negara melalui internet. Dengan adanya akaun ini, bermakna anda telah membuka ruang bagi diri anda untuk pergi lebih jauh menuju ke puncak jaya.

PayPay amat penting bagi orang yang berkerjaya dan yang mempunyai perniagaan yang berada di dalam radius yang luas. Beberapa faedah yang anda akan dapati ialah anda boleh menjalankan urusan perniagaan di peringkat antarabangsa dan bukan hanya tertumpu di sesuatu kawasan atau di dalam negara sahaja.

Persediaan Untuk Pendaftaran:

Untuk mendaftarkan diri, apa yang anda perlu ada hanyalah 1 kad kredit atau kad debit yang mempunyai lambang visa Atau Mastercard.

Sekiranya tiada sebarang kad debit. Anda boleh mendapatkannya di Petronas,7-Eleven, Pusat membeli belah atau bank-bank berhampiran yang menawarkan perkhidmatan ini dengan harga lingkungan RM10 hingga RM25.

Pastikan sekurang-kurangnya kad debit anda tidak kurang daripada RM50 untuk memudahkan proses pengurusan. Sekiranya anda pemegang kad kredit, pastikan baki anda tidak melebihi had kredit yang ditetapkan.

Imbas(Scan) kad pengenalan anda pada muka hadapan dan belakang serta 1 bil utiliti contohnya bil air atau elektrik untuk pengesahan pihak pengurusan.

Langkah-langkah Perndaftaran:

Layari laman web http://www.paypay.com dan klik pada Link “Sign up” untuk pendaftaran. Ikuti arahan selanjutnya sehingga selesai. PayPal akan menghantar email pengesahan kepada anda melalui maklumat yang anda berikan dengan menghantar Link untuk pengesahan. Anda perlu mengesahkannya dengan menekan klik pada Link pengesahan tersebut dan ikuti arahan seterusnya.

Seterusnya PayPal akan meminta anda untuk mengesahkan bahawa kad kredit/debit yang anda gunakan adalah benar-benar milik anda dengan mengenakan caj sebanyak USD1.95 sekiranya anda bersetuju. PayPal akan menghantar 4 digit nombor yang akan disertakan di dalam bil akaun kad kredit/debit anda nanti. Sekiranya anda boleh menyemak akaun anda secara online seperti maybank2u, maka pengurusan anda akan lebih cepat dan mudah.

Gunakan 4 digit nombor ini untuk mengaktifkan akaun PayPay anda. Sekiranya anda diminta untuk menghantar dokumen pengenalan serta bil utiliti untuk pengesahan alamat dan butiran diri, silalah berbuat demikian mengikut panduan yang disediakan. PayPal akan memulangkan kembali USD1.95 yang telah dicaj sebelumnya.

Setelah itu anda hanya perlu menunggu untuk menjadi sebahagian daripada ahli PayPay secara rasmi di dalam tempoh 24 jam …

Sekiranya anda telah berjaya, apa kata kalau anda belanja saya secawan milo ais  :)


Selamat mencuba dan selamat maju jaya …

www.abejali.com