Abejali Technology

The Way To Success
Subscribe

Archive for the ‘Adsense’

Mengenali Google Adsense Secara Asas

January 08, 2008 By: abejali Category: Adsense 1 Comment →

Google Adsense” merupakan suatu program pengiklanan yang disediakan oleh syarikat terkemuka Google di mana mereka akan berkongsi keuntungan kepada webmaster atau pemilik laman web yang meletakkan iklan Google di laman mereka dengan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Google akan membayar setiap klik yang membawa trafik kepada pelanggan mereka apabila seseorang itu menekan klik pada mana-mana iklan yang dimiliki oleh google.

Terdapat satu lagi istilah yang digunakan oleh google yang perlu anda tahu supaya anda tidak terkeliru dengannya iaitu “Google Adword“.

Google Adword” merupakan suatu servis atau khidmat pengiklanan daripada Google di mana seseorang yang ingin memaparkan iklannya boleh melakukannya di sini dengan dikenakan syarat iaitu mereka dikehendaki untuk membayar setiap trafik yang dibawa masuk ke laman web mereka melalui Google Adsense.

Setiap kali pelawat laman web anda klik pada iklan Google yang diletak di laman web anda, ketika itulah duit poket anda akan diisi.Lebih banyak klik yang anda dapat,lebih banyak duit yang akan anda peroleh.


Adsense : Antara Rahsia Yang Tiada Rahsia

December 31, 2007 By: abejali Category: Adsense No Comments →

Aku tahu ramai yang tertanya-tanya berkenaan Adsense. Malah ada yang telah lama mengetahuinya serta arif tentangnya. Dan ada juga yang seperti aku yang hanya pasif akibat ikatan masa dan keadaan.

Sudahlah… Tidak perlu disesali lagi… Gunakan masa yang ada mulai sekarang untuk menjana pendapatan bersama-sama..

Mungkin Aku Sedikit Terlewat, Tetapi Aku Yakin Aku Bukanlah Yang Terakhir“. Aku akan berkongsi pengetahuanku dengan kamu semua… Dengan segala apa yang aku tahu.. ”Kerana Aku Yakin Ilmu Itu Bukanlah Sesuatu  Yang Perlu Disorok Tetapi Yang Perlu Untuk Dikongsi Bersama”. Kerana itulah yang dituntut di dalam agamaku. Juga umat islam seluruhnya.

Marilah Menjadi Kaya Bersama-sama Supaya Tiada Lagi Yang Meminta-minta

www.abejali.com