Menguasai Enjin Carian (Search Engine)
Bahagian 1
Salah satu strategi pemasaran yang berjaya ialah dengan menguasai enjin carian(Search Engine). Tiada gunanya mempunyai halaman web yang bermutu tinggi tetapi tetapi tidak mempunyai sebarang pelanggan atau pelawat.
Enjin carian merupakan suatu pelayan yang akan memaparkan informasi-informasi yang tertentu berdasarkan katakunci yang diberi. 3 Contoh enjin carian yang popular ialah Google, yahoo serta MSN.
Setiap pengguna yang melayari internet hampir keseluruhannya meggunakan enjin carian untuk mendapatkan informasi atau membeli produk-produk yang diingini
Apakah mungkin anda sedang terfikir:
- Bagaimana mungkin pengguna akan menemui produk anda sedangkan produk yang anda pasarkan telah berlambakan di pasaran
- Informasi-informasi bagi produk yang anda pasarkan diletakkan di dalam senarai yang terkebelakang di dalam enjin carian ataupun tidak dipaparkan langsung.
Bagaimanakah cara untuk mengatasinya?. Mampukah produk anda menjadi sesuatu yang boom! atau yang terhebat di pasaran?
Pengguna kebiasaannya lebih gemar melayari halaman web yang mempunyai indeks atau kedudukan yang teratas di dalam enjin carian. Kemungkinan untuk penjualan sesuatu produk adalah lebih cerah berbanding produk-produk bagi indeks yang lain.
Beberapa kriteria yang biasa digunakan oleh enjin carian untuk menempatkan produk anda pada kedudukan yang tertinggi ialah apabila
- Katakunci anda adalah tepat seperti mana yang dikehendaki oleh pengguna
- Katakunci bagi produk anda adalah unik dan jarang digunakan oleh pesaing-pesaing yang lain
- Halaman web anda sering dilawati oleh para pengguna internet
- Halaman web anda mempunyai link atau hubungan kepada halaman web lain yang popular
- Pengusaha laman web lain menempatkan link anda di dalam laman web mereka.
Anda perlu memenangi hati pengguna dengan menguasai sebanyak mungkin enjin carian yang wujud di muka bumi. dengan berpandukan beberapa strategi berikut:
Katakunci dan Ayat-ayat
Anda perlu mencari katakunci dan ayat yang paling bagus bagi menggambarkan sesuatu produk kepada pasaran anda. Salah satu cara yang paling pantas ialah dengan menggunakan perisian percuma seperti yang boleh didapati di http://www.goodkeywords.com
Muat turun perisian ini dan kemudian masukkan katakunci pilihan. Serta merta anda akan diberikan perkataan alternatif yang mungkin menggambarkan perniagaan anda. Anda juga diberi pilihan memilih mana-mana enjin carian yang ingin anda selidiki.
Cuba taipkan perkataan ”duit” pada perisian tersebut dan kemudian klik. Anda akan dapati bilangan perkataan “duit” telalu banyak digunakan di internet. Tetapi terdapat juga perkataan yang digabungkan seperti “duit saku”,”duit percuma” dan sebagainya. Apa yang perlu anda lakukan iialah memilih katakunci yang berbeza daripada yang lazim digunakan oleh peniaga internet.
Bersambung….

