JQuery – The JavaScript Revolution
Aku percaya setiap programmer ada citarasa yang berbeza dan tak mungkin ada pengaturcara yang menguasai semua bahasa tetapi ia bukanlah sesuatu yang mustahil. Aku sebagai contoh lebih suka membuat program berbentuk Desktop application berbanding pengaturcaraan berasaskan web. Tapi apakan daya aku, aku cuma kerja makan gaji ajer so kenalah ikut kehendak company atau client.
Tiba-tiba aku rase malas jer nak taip di dalam bahasa inggeris. so lantak korang la paham ker tak. Apa yang aku nak ceritakan untuk artikel kali ini ialah berkenaan JQuery.. Korang pernah dengar tak? So artikel kali ini just nak bagitau secara asas penggunaannya. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, layarilah laman web http://jquery.com
JQuery merupakan bahasa skrip yang dibina berasaskan JavaScript dan ia digunakan secara meluas untuk menjadikan sesuatu laman web lebih fleksibel dan interaktif .
Aku biasanya menggunakan JQuery di dalam kaedah memanipulasi XML DOM dan data menerusi Ajax. Aku suka menggunakan JQuery kerana ia memudahkan aku untuk memanipulasi data yang ada di dalam skrip, dan yang paling penting ia bersifat cross browser iaitu tidak terhad hanya untuk browser tertentu.
Aku just nak tunjuk betapa ringkas dan mudah untuk membina kod Ajax menggunakan JQuery berbanding kod tradisi menggunakan Javascript /VbScript.
Contoh : Menghantar maklumat ke fail “proses.php” dan respon yang diterima akan dipaparkan di dalam Tag “<div id=’div_output’></div>” .
function ProcessRequest(){
$.get(“process.php”, { user:“abejali”, request: “money” },?
function(response){
$(‘#div_output’).html(response);?
});
}
Untuk mengetahui maklumat lanjut, sekali lagi layarilah laman web rasmi JQuery di http://jquery.com


