Abejali Technology

The Way To Success
Subscribe

Archive for the ‘Bicara Alam’

Siapakah Makhluk Yang Paling Perkasa Di Muka Bumi ?

October 28, 2009 By: abejali Category: Bicara Alam No Comments →

Diceritakan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Tarmidzi dan Ahmad, seperti berikut :

Tatkala Allah Ta’ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumipun terdiam.

Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya “Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung?”

Allah menjawab, “Ada, iaitu besi” (kita mafhum bahawa gunung batupun boleh menjadi rata ketika dikorek dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi)…

Para malaikat bertanya lagi “Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi?”

Allah yang Maha Suci menjawab, “Ada, iaitu api” (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api)…

Para malaikat kembali bertanya “Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api?”

Allah yang Maha Agung menjawab, “Ada, iaitu air” (api membara sedahsyat apapun nescaya akan padam jika disiram air)…

Para malaikatpun bertanya kembali “Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air?”

Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, “Ada, iaitu angin” (air disamudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat)…

Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi “Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua?”

Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, “Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya”…

Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain…

Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah S.A.W mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : “Wahai segenap manusia! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat, dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya”…

Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata, tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia…


Cara Untuk Mendaftar Google Adsense

January 10, 2008 By: abejali Category: Bicara Alam No Comments →

Adakah anda telah mempunyai akaun Google Adsense? Jika tidak maka anda harus merebut peluang ini dengan mendaftarkan diri anda.

Tetapi nanti dulu!

  1. Adakah anda telah mempunyai laman web anda sendiri?
  2. Adakah laman web anda mempunyai pengisian yang berkualiti?
  3. Adakah laman web anda dipaparkan di dalam bahasa inggeris?

Sekiranya anda mengatakan “Ya” pada ketiga-tiga persoalan ini maka anda tidak perlu risau lagi untuk mendaftar sebagai ahli google Adsense di http://adsense.google.com

Setelah itu apa yang perlu dilakukan hanyalah menunggu respon daripada pihak google yang mengambil masa di dalam tempoh anggaran 2 minggu untuk penilaian.

Sekiranya anda mangatakan “Tidak” tetapi ingin merebut peluang menjadi sebahagian daripada ahli google adsense, maka beberapa garis panduan berikut harus di ambil kira.

  • Buatlah sebuah laman web baru yang ditulis di dalam karya berbahasa inggeris. Ini kerana google masih belum dapat menerima laman web yang ditulis di dalam bahasa melayu pada ketika ini. Ia hanyalah sebagai satu permulaan sahaja bagi membuka akaun adsense.

Bagaimana jika anda tidak arif menulis di dalam bahasa inggeris?

  • Anda diberi beberapa pilihan bahasa yang lain sekiranya anda mahir di dalam salah satu di antara bahasa tersebut ketika mendaftar. Tetapi secara kebiasaannya, google lebih menumpukan kepada laman web yang cenderung kepada bahasa inggeris.
  • Anda boleh meniru mana-mana laman web yang berkualiti dan menjadikannya sebahagian daripada laman web anda. Tetapi haruslah dipastikan bahawa isi kandungan yang digunakan adalah tidak bersalahan serta tidak menyalahi peraturan.

Bagaimana pula jika anda langsung tidak mempunyai laman web?

  • Tidak dapat tidak, anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya 1 laman web. Sekiranya tiada, anda boleh mendaftarkan diri di mana-mana laman web yang menawarkan servis seperti ini. Sekiranya anda seorang blogger, beberapa pilihan yang boleh dibuat ialah dengan mendaftarkan diri secara percuma di

Sekiranya anda seorang yang berkemahiran dan ingin mendapatkan webhosting yang menawarkan pakej percuma serta menarik, daftarlah diri anda di laman web peribadi saya iaitu http://abejali.0lx.net

Sebaiknya anda mendaftarkan diri anda  dengan menggunakan email syarikat sekiranya ada, ini kerana sekiranya anda menggunakan email percuma seperti yahoo, kadangkala respon bagi maklumat pendaftaran akan lambat diterima dan mengambil masa.

Selamat mencuba dan selamat maju jaya..

www.abejali.com


Programmer Kutub Utara …

January 07, 2008 By: abejali Category: Bicara Alam 3 Comments →

Aku ibarat Orang Eskimo yang tinggal di kutub utara,,,, Kebiasaannya apabila aku ingin membuat sesuatu pengaturcaraan secara serius, ada satu tabiat yang selalu aku lakukan iaitu memakai Sweater bertutup kepala yang tebal dan memakai stoking …

Percaya atau tidak Ofis aku tidak ada sebarang penghawa dingin.. Bukan kerana Company terlalu berjimat tetapi bos aku memang tak suka Benda-benda sejuk nie … So kitaorang guna Open Air ajer dengan kipas angin dinding… Kebetulan aku pulak jenis yang suka berada di dalam keadaan “Warm!” … fuhh! memang kenalah tu…

Bukan apa … biasanya Adrenelin badan aku meningkat dan otak aku lagi hebat berfikir bila berada di dalam situasi macam tu.. So tak kisahlah orang nak kata apa .. janji kerja aku siap Before Time and the rest is mine to do something that I Like to do hehehe…

Ada lagi satu yang akan aku buat tapi jarang-jarang sangat berlaku… Iaitu bila aku nak meningkatkan tahap pituitari, serebrum, serebelum dan medula oblongata ke tahap Optimum giler alam semester hehehe… Nak tahu ker?

Tiada rahsia sangat .. Cuma lilit kepala ajer :p di dalam ertikata yang lain ialah dengan memakai serban … Percaya atau tidak korang cubalah sendiri … Memang ada hikmahnya dengan pemakaian serban nie … Itulah salah satu faktor Kebanyakan ilmu-ilmu hebat ni asalnya daripada cendekiawan-cendekiawan yang memakai serban Macam Ibnu Sina, Ibnu Rusyhd, Ibnu Khaldun dan sebagainya…

Lagipun pakai serban ni kan sunnah nabi S.A.W :) … Setiap sesuatu sunnah pasti ada hikmahnya .. percayalah …

www.abejali.com


Dunia mampu menangis kerananya!

January 06, 2008 By: abejali Category: Bicara Alam 3 Comments →

[wp_youtube]JMbVwJ-rmu8[/wp_youtube]

Dengarkanlah suara bicara alam yang hebat ini… Aku tidak pasti adakah kamu akan turut serta menangis bersamaku… Bukanlah tangisanku ini hanya kerana suaranya yang istimewa… tetapi juga kerana isi kandungannya yang begitu menggentarkan jiwa…

Bagaimana pula dengan anda?


Masa Yang Terabai…

December 12, 2007 By: abejali Category: Bicara Alam No Comments →

Aku Termenung jauh di atas puncak gunung ….
Melihat kehijaun alam dan keasyikan udara …
Sentuhan-sentuhan lembut membuatkanku selesa
Mengapa semua ini tiada di ibu kota ….

Aku mendongak ke langit yang luas ….
Melihat corakan awan yang pelbagai rupa…
Putih, bersih penawar lara …
Mampukah ia bertahan lama …

Aku memejamkan mataku ….
Melihat diriku sendiri …
Yang duduk bersila di dalam dimensiku
Bermuhasabah berfikir akan hidupku

Setiap apa yang aku lakukan …
Pastinya masa akan beriringan…
Apakah masa dikatakan terabai
Jika aku termenung sendirian ….

Ada Yang genius juga yang gila
membina teori mengembalikan masa
Surah Al-ASR menceritakan segalanya
Mesin masa tidak akan tercipta

Mengapa masih melakukan dosa
Walhal hidup bukan selamanya
Ada yang kata inilah masanya
Adakah kematian tiada membawa makna

Perjuangan Hidup perlu diteruskan..
Hiasailah ia dengan keimanan
Kelak nanti tiada sesalan
Bahagia sejahtera sepanjang zaman ..


Menulis Di Udara

November 20, 2007 By: abejali Category: Bicara Alam No Comments →

Aku ingin menulis di udara
dengan bayangan yang terhasil di mindaku …
Mataku melihat dengan bersahaja …
hanya diriku sahaja yang tahu…

Kutulis Keinginan melampaui masa …
Kutulis langkah-langkah perjuangan hidupku…
Satu persatu bersilih ganti…
apakah dapat kucapai nanti

Segala yang kutulis di udara bakal hilang ditiup angin
Hilang di mataku tetapi tidak di hatiku

Sesungguhnya azamku tidak luput selagi hayatku …
Kerana ia setia bersamaku….