February 19, 2011By: abejali Category: Abejali (Fx)
Mengaktifkan Semula Marketiva Streamster Ketika Ralat (Crash):
Walaupun Marketiva telah menyediakan protokol API bagi peminat-peminatnya yang ingin mengintegrasikan program mereka bersama Marketiva Streamster. Namun terdapat kelemahan ketara yang dapat dilihat apabila proses integrasi berlaku.
Salah satu kelemahan yang dikesan ialah apabila kita cuba mendapatkan informasi harga pada ketika waktu puncak, kadangkala program Marketiva menjadi tidak begitu stabil dan akan berlaku ralat yang biasa dipanggil sebagai “Application Crash“. Atas kelemahan ini kebanyakan pengaturcara akan berasa bosan dan berputus harap untuk menghasilkan program integrasi mantap bersama Marketiva menerusi API yang disediakan.
Abejali-Fx juga tidak terkecuali untuk menerima impak yang sama dan ia sangat merunsingkan kerana abejali-fx sentiasa memerlukan maklumat daripada streamster untuk membuat analisis keputusan jualan/ belian secara automatik. Tidak dapat dipastikan sama ada pihak marketiva peka terhadap masalah ini dan abejali berharap agar ia dapat diperbetulkan dengan segera.
Namun begitu, masih ada cara lain untuk menyelesaikan masalah ini iaitu dengan mengawal status semasa program marketiva tersebut dengan menggunakan aplikasi ringkas yang dipanggil “Marketiva Launcher“.
Marketiva Launcher :
Digunakan untuk memastikan program marketiva sentiasa berkeadaan aktif. Sekiranya berlaku ralat terhadap program marketiva, program ini akan cuba untuk mengaktifkan semula stremster dan membuat login secara automatik.
– Pastikan setiap paparan ralat (Error Message) / Error Reporting Message yang berkaitan dengan Marketiva Streamster dimatikan terlebih dahulu
– Login masuk ke marketiva buat kali pertama dengan memilih opsyen “remember my password“
– Tentukan semula lokasi atau kedudukan fail aplikasi Streamster di bahagian berlabel ”Location” sekiranya ia berada di lokasi berbeza daripada yang dipaparkan.
October 17, 2010By: abejali Category: Abejali (Fx)
Konsep Multingle Abejali (Fx) :
Teknik asas di dalam abejali(Fx) merupakan teknik yang membuat belian pada kadar terendah dan membuat jualan pada kadar tertinggi. Namun begitu, tiada formula yang tepat dapat menunjukkan sesuatu harga pasaran itu benar-benar berada di paras tertinggi atau di paras terendah.
Abejali (Fx) membuat belian/jualan dengan mengambil kira kekuatan momentum susuatu pasaran. Apabila pasaran berada di paras momentum tertentu, proses jualan / belian akan terlaksana.
Apabila harga bergerak melebihi jangkauan, teknik bertingkat (Multingle) digunakan untuk menutup kerugian posisi terdahulu dengan menghasilkan kuantiti berganda pada posisi yang terkini.
Anda dinasihatkan supaya tidak panik apabila sesuatu posisi yang dibuka menunjukkan kerugian. Secara normal teknik bertingkat merupakan konsep mendapatkan keuntungan pada posisi terakhir dan menutup kesemua posisi secara serentak apabila mencapai tahap analisis tertentu.
Sebagai contoh pada gambarajah di atas, kelompok bertingkat yang ditandakan dengan nombor “3” telah mengalami kerugian pada peringkat permulaan yang bermula dari paras bawah dan kerugiannya telah diatasi pada akhirnya di bahagian atas. Anda akan dapat melihat perbandingan hasil keuntungan mengatasi jumlah kerugian yang ditanggung pada contoh tersebut di bahagian Profit.
Buy Level / Sell Level:
Jika dilihat di bahagian “Trigger” . Terdapat konfigurasi yang diketegorikan sebagai “Buy Level” dan “Sell Level“. Bahagian ini digunakan untuk menentukan pada peratusan manakah sesuatu urusniaga patut dibuka atau ditutup.
Anda boleh membuat anggaran peratusan pergerakan sesuatu pair di bahagian “Movement” pada kolum “Percentage” dan bandingkan juga dengan pergerakan harga pada kolum “Close“. Sekiranya anda sering memerhatikan pergerakan ini, anda akan dapat membuat kesimpulan peratusan tertinggi dan peratusan terendah bagi pergerakan sesuatu pair.
Secara normalnya, kadar peratusan yang kecil menunjukkan harga sedang berada di atas puncak, manakala kadar peratusan yang besar menunjukkan harga sedang berada di paras rendah. ia hampir sama seperti indikator RSI tetapi di dalam proses yang terbalik.
Peratusan Yang biasa diperhatikan ialah:
42.75 – 46.5 % : Pasaran berada di paras tertinggi dan kebiasaannya akan berbalik arah menuju ke bawah. Pada paras ini adalah amat sesuai untuk urusniaga jual.
< 42 % : sering membawa maksud pasaran sedang kuat ke atas dan kemungkinan akan menuju lebih atas, (Juga dipanggil sebagai breakout). Pada paras ini sebaiknya ditunggu terlebih dahulu dan membuat belian pada harga di pertengahan SMA 20 atau pada peratusan 50-52 %
53.5 – 57.25 % : Pasaran berada di paras terendah dan kebiasaannya akan berbalik arah menuju ke atas. Pada paras ini adalah amat sesuai untuk urusniaga beli.
> 58 % : sering membawa maksud pasaran sedang kuat dan kemungkinan akan menuju lebih bawah, (Juga dipanggil sebagai breakout). Pada paras ini sebaiknya ditunggu terlebih dahulu dan membuat jualan pada harga di pertengahan SMA 20 atau pada peratusan 48-50 %
October 08, 2010By: abejali Category: Abejali (Fx)
Konfigurasi asas bagi abejali (Fx) adalah berpandukan kepada pergerakan normal pasangan GBP/JPY bagi Time Frame 5 minit. Namun begitu konfigurasi asas ini juga didapati sesuai untuk digunakan untuk pasangan EUR/GBP dan GBP/USD . bagi pasangan yang lain, ia masih belum diuji kesesuaiannya dengan konfigurasi sedia ada.
Konsep serta informasi asas Abejali (Fx)
1- Transaksi berlaku adalah berpandukan kepada “Time Frame” yang dipilih.
Sekiranya anda memilih untuk menggunakan Time Frame 1 Jam, maka program Abejali (Fx) hanya akan membuat tinjauan market bagi setiap 1 jam.
Sekiranya anda memilih untuk menggunakan Time Frame 5 Minit, maka program Abejali (Fx) hanya akan membuat tinjauan market bagi setiap 5 minit.
Semakin besar Time Frame yang digunakan, semakin sedikit tinjauan market dibuat dan semakin sedikit kemungkinan proses transaksi berlaku
Semakin kecil Time Frame yang digunakan, semakin banyak tinjaun market dibuat dan semakin banyak kemungkinan proses transaksi berlaku
2- Proses TP atau SL yang berbalik arah akan ditutup secara sendiri walaupun tidak sampai kepada target berpandukan kepada “Time Frame” yang dipilih.
Penutupan sendiri hanya berlaku setelah proses kitaran masa pilihan telah lengkap.
Semakin kecil Time Frame yang digunakan, semakin cepat tindakan penutupan TP/SL dibuat, begitu juga dengan sebaliknya.
3- Setakat ini, Abejali (Fx) tidak mempunyai fungsi untuk memisahkan modal untuk dagangan dan modal yang ingin disimpan. Namun begitu, salah satu cara untuk mengawal modal supaya tidak melebihi kemampuan semasa ialah dengan membuat anggaran yang betul pada konfigurasi di bahagian “Trigger” dengan berpandukan informasi berikut.
Minimum gap Between Pos : – Apabila signal transaksi berlaku, sistem akan melihat jarak posisi di antara transaksi terakhir dengan posisi yang bakal dibuat. Sekiranya jarak perbezaan sama atau melebihi kriteria, maka transaksi baru akan terlaksana.
Semakin kecil jarak posisi, semakin besar risiko keuntungan/kerugian, dan semakin banyak transaksi mungkin berlaku, begitu juga dengan sebaliknya. secara asas, setting semasa ialah 20. anda boleh mencuba untuk mengurangkannya kepada 8/10/15untuk melihat hasil transaksi yang berbeza.
Maximum Pos : - Digunakan untuk menentukan jumlah maksimum transaksi yang dibuat di dalam 1 kumpulan Time Frame yang sama.
4-Nilai perkadaran modal selamat yang dicadangkan oleh saya untuk setting asas abejali (Fx) ialah mengikut nisbah
A- Modal USD 100 :Kuantiti 100 : Minimum gap Between Pos : 16 sehingga 20:
= Risiko rendah/sederhana dengan kadar kebarangkalian keuntungan yang rendah/sederhana
B- Modal USD 1000 : Kuantiti 100 : Minimum gap Between Pos : 8 sehingga 15:
=Risiko rendah/sederhana dengan kadar kebarangkalian keuntungan yang tinggi
October 05, 2010By: abejali Category: Abejali (Fx)
Setelah anda mengkases masuk aplikasi Abejali(Fx) dengan Id serta katalaluan yang betul, anda dikehendaki untuk memilih “Currency Pair” serta “Time Frame” yang akan digunakan untuk melaksanakan proses dagangan Forex. Pastikan anda memilih “Currency Pair” dan “Time Frame” yang sama dengan carta “Currency Pair” serta “Time Frame” yang digunakan di dalam Marketiva. Carta tersebut perlu sentiasa dibuka sepanjang tempoh integrasi dilaksanakan. Ini kerana aplikasi Abejali (Fx) hanya dapat menerima maklumat daripada carta Marketiva Streamster yang dibuka sahaja.
Konfigurasi asas Abejali (Fx) adalah berdasarkan “Currency Pair” GBP/JPY dengan penggunaan “Time Frame” 5 Minutes. Namun begitu konfigurasi asas ini boleh juga digunakan untuk hampir kesemua gabungan pasangan yang lain.
Sekiranya integrasi di antara Abejali (Fx) dan Marketiva Streamster berjaya. Salah satu kaedah untuk mengetahui capaian maklumat dapat diterima ialah dengan melihat pada panel Candlestick di bahagian bawah.
Panel ini hanya akan memaparkan senarai pergerakan pasaran pada waktu sebelumnya hanya sekiranya pilihan carta yang dibuka menerusi Marketiva Streamster sama dengan pilihan yang dibuat di dalam aplikasi Abejali (Fx).
October 01, 2010By: abejali Category: Abejali (Fx)
Bagi penggemar teknik bertingkat (Multingle) serta teknik breakout di dalam forex, program abejali (Fx) versi terbaru telah menggunakan kedua-dua kaedah ini yang telah digabungkan bersama di dalam 1 perisian. Pengguna diberikan pilihan sama ada hanya menngunakan teknik multingle atau menggunakan kedua-dua teknik tersebut di dalam satu masa.
Versi program ini masih di dalam kategori beta dan saya memerlukan bantuan anda semua untuk memberikan sebarang komen dan pendapat supaya keupayaannya sentiasa berada di tahap optimum.
Abejali (Fx) merupakan sistem robot yang digunakan untuk menjalankan urusniaga forex secara automatik.
Sistem robot ini dibina khas untuk Aplikasi marketiva (Marketiva Streamster) dan hanya boleh digunakan untuk pelanggan marketiva sahaja.
Abejali (Fx) merupakan program robot gabungan marketiva pertama di dunia yang didedahkan kepada umum pada ketika artikel ini ditulis.
Panduan asas untuk menggunakan Abejali (Fx) :
Sekiranya anda masih belum mempunyai sebarang akaun di marketiva, anda boleh mendaftarkannya dengan klik di sini
Muat turun Perisian Marketiva Streamster dan akses dengan menggunakan id serta katalaluan yang didaftarkan.
Setelah program Marketiva Streamster dibuka, klik pada tombol settings di bahagian atas program. Panel settings akan terpapar dan tandakan pilihan “Enable Web Service API” di bahagian Advanced.
Muat turun perisian Abejali (Fx) dan akses menerusi menu windows -> abejali.com – Abejali Fx
Anda akan diminta untuk memasukkan id dan katalaluan untuk menggunakannya. Masukkan maklumat berikut untuk mencuba atau menguji program Abejali (Fx).
Passive - Melaksanakan proses urusan jual beli secara pasif mengikut kekuatan market. Formula yang direka sesuai digunakan untuk semua jenis pair yang wujud. Menggunakan teknik SMA,EMA, High Low, MQ Zone, MOB, Retrace/Reversal,Bollinger Band dan Gerakan 9.
Agressive- Malaksanakan proses urusan jual secara agressif mengikut analisis RSI, bollinger band, Crossing EMA dan High Low. Setakat ini hanya diuji untuk pair Euro/USD. Penggunaan mode ini adalah tidak digalakkan.
MQ Zone : (Multiply Quantity Zone)
Bertindak apabila analisis semasa menunjukkan pertukaran arah market dan ia berada di dalam zon Retrace/Reversal. Kuantiti asal yang diset akan digandakan mengikut pilihan gandaan. Sebagai contoh, sekiranya kuantiti asal yang ditetapkan ialah sebanyak 1000 unit dan MQ Zone diset kepada 2 , Maka 1000 unit akan didarabkan dengan 2 dan menjadikannya kepada 2000 Unit.
Unit Asal : 1000 Unit
MQ Zone : 2
Unit yang digunakan = (Unit asal) x (MQ Zone)
=1000 Unit x 2
=2000 Unit#
MOB : (Multingle on Outside Border)
Sekiranya MOB diset kepada “Yes” , maka proses gandaan kuasa bagi kuantiti akan berlaku sekiranya market bergerak melepasi Zon gerakan normal . sebagai contoh, andaikan market yang normal hanya bergerak di sekitar 1 hingga 10 tetapi secara tidak diduga market telah melepasi lingkungan tersebut kepada 11 atau lebih . Sistem akan menunggu saat-saat berlakunya proses reversal dan membuat gandaan kuasa kuantiti apabila telah sampai pada waktu yang sesuai untuk urusan jual beli.
Gandaan kuasa kuantiti adalah mengikut level dan secara normal market hanya bermain di sekitar level 0 dan kadangkala menjangkau level 1 atau lebih
Secara normal , rata-rata penganalisis menggunakan teknik RSI untuk mengetahui kekuatan index sesuatu market, Bollinger Band untuk mengetahui minimum / maksimum pergerakan serta beberapa indikator lain yang dapat membantu di dalam membuat keputusan pembelian/penjualan sesuatu saham.
Abejali (fx) merupakan suatu robot marketiva generasi baru yang bukan sekadar menggunakan indikator asas malahan menggunakan teori pergerakan 9 yang direka khas oleh pengasasnya berdasarkan pengalamannya di dunia fx sejak 2004.
Teori Pergerakan 9 merupakan suatu teori unik naik/turun pasaran yang dibahagikan kepada 9 peringkat. bagi setiap peringkat akan dinilai berdasarkan harga pasaran semasa dan kombinasi nombor yang terbentuk daripada nilai harga tersebut.
Teori yang digunakan agak pelik dan hampir tidak masuk akal. Tetapi percayakah anda bahawa teori ini telah berjaya menghasilkan keputusan 100 % win dan 0% lost di dalamproses ujiannya selama 5 hari berturut-turut (pada ketika ia dilancar sehingga blog ini ditulis).
Agak mengagumkan! … itu sahaja yang dapat saya katakan seetakat ini.
Setelah seminggu mencipta formula dan kemungkinan pergerakan market akhirnya fungsi dan formula asas berjaya juga disiapkan.
Buat pertama kali ia dimainkan secara ujian nyata (Live testing) menggunakan wang maya (Virtual Forex) kenampakan menunjukkan prestasi yang membanggakan walaupun masih terdapat formula yang kurang sempurna dan perlu diperbaiki. Tujuan ia dibina ialah untuk meminimumkan risiko kerugian dan memaksimumkan keuntungan menerusi proses analisis yang dibentuk di belakang tabir
formula yang aku bina telah digabungkan bersama program marketiva menerusi protokol api bagi mendapatkan maklumat market dan melaksanakan proses jual / beli.
Ia dinamakan sebagai Abejali (Fx) sempena nama singkatan founder atau pereka asal bagi program ini.
Abejali (Fx) adalah sistem yang menggabungkan formula analisis berikut
RSI
SMA
EMA
Bollinger Band
Signal
Histogram
MACD
Candlestick Pattern
Berikut merupakan keputusan ujian semalaman pada 5 May 2010 bermula dari jam 12 tengah malam sehingga 8 pagi hari rabu.
Marketiva adalah antara platform terbaik yang boleh digunakan untuk individu / organisasi yang baru menceburkan diri di dalam dunia forex dengan menyediakan alatan-alatan asas yang mudah difahami dan senang digunakan. Sekiranya anda sesorang yang profesianal dan ingin mendapatkan alatan yang lebih kompleks. Anda digalakkan untuk mendapatkan servis broker lain yang menyediakan alatan analisis yang pelbagai.
A. Untuk membuka akaun forex secara percuma, sila isikan borang di sini. Di dalam masa kurang daripada 5 minit anda mungkin sudah boleh untuk melaksanakan proses transaksi. Anda akan mendapat 5 USD wang sebenar dan 10,000 USD Wang Demo untuk anda berlatih di dalam platform sebenar.
Penting: Anda perlu memasukkan maklumat yang sebenar , mulai daripada Nama, Alamat, Nombor Telefon, Poskod, Negeri dan Negara. Pengguna yang didapati memasukkan maklumat palsu atau rekod pendaftaran bertindih, akaun tersebut akan dihapuskan serta merta . Setiap individu hanya boleh mendaftar 1 akaun sahaja, kerana apabila anda mendaftar lebih daripada 1 akaun, maka akaun anda akan dibekukan. Anda akan diminta untuk memuat naik(Upload) lampiran kad pengenalan / lesen memandu. di bahagian akhir pendaftaran untuk proses pengesahan.
Cara Mengisi Borang Pendaftaran:
Anda perlu mengisi sekurang-kurangnya data yang bertanda (*).
Username (*): Gunakan username/nickname yang sesuai, misalnya: traderfx, FxKiller, dll
Password (*): Masukkan kata laluan gabungan huruf dan angka sekurang-kurangnya 8 karaktor
First Name (*): Nama Awal Anda
Middle Initial: Nama tengah Anda (1 karakter), kosongkan sahaja (jika anda tak memiliki nama tengah) atau masukkan nama tengah anda ke Last Name (jika anda memiliki nama tengah)
Last Name (*): Nama akhir Anda, jika nama Anda hanya terdiri dari satu suku kata, masukkan nama Anda tersebut di field First Name dan Last Name. Contoh: jika nama Anda adalah Micheal, maka masukkan First Name: Micheal, Last Name: Micheal.
Job Title : Masukkan pekerjaan anda sekiranya ada
Organization : Masukkan nama organisasi anda sekiranya ada
Street Address (*): Masukkan Alamat Terkini tempat tinggal anda
Additional Address : Kosongkan atau isikan alamat seterusnya jika perlu.
City (*): Bandar
Zip/Postal Code (*):Poskod
State/Province (*): Negeri
Country/Region (*): Negara
Phone (*): Nombor telefon kediaman anda. Sekiranya tiada, masukkan nombor telefon mudah alih anda di sini.
Fax : Kosongkan
Mobile : Kosongkan atau isikan dengan nombor telefon mudah alih anda
E-mail (*): Alamat e-mail Anda. Pastikan ia aktif kerana sebarang verifikasi atau info akan dihantar ke email tersebut
Website : Kosongkan atau isi dengan alamat halaman web anda
Klik tombol Continue =>
User Template (*): Pilih Standard Forex Trader
Coupon: Kosongkan sekiranya anda tiada upline atau penaja (kupon bukan bermaksud diskaun, tetapi hanya sekadar menyatakan bahawa anda berada di bawah kumpulan(downline) seseorang. Anda akan mendapat beberapa faedah daripada marketiva sekiranya mempunyai upline) . Anda boleh mendapatkan kupon downline daripada saya sekiranya berminat dengan menghantar email kepada abejali@yahoo.com
Recovery Question (*): Soalan yang akan ditanya sekiranya anda terlupa kata laluan semasa
Recovery Answer (*): Jawapan daripada soalan yang dikemukakan. Anda disarankan untuk membina jawapan daripada beberapa patah perkataan untuk menjamin keselamatan akaun anda.
Klik tombol Next =>
Tandakan pada ruangan checkbox pilihan :
I have read, understood, and agree with the Service Agreement under which Marketiva Corporation provides it services and products. I have also read and understood the Risk Disclosure statement and I am willing and able to assume such risks.
Setelah itu klik butang Finish. Proses pendaftaran Anda telah selesai.
B. Untuk memulakan perniagaan forex, anda memerlukan perisian marketiva yang boleh dimuat turun disini
Setelah fail dimuat turun(Download) maka teruskan langkah berikut dengan memasukkan(install) perisian tersebut ke dalam sistem anda . (Jangan menggunakan software / program downloader ataupun accelerator ketika anda memuat turun perisian ini)
C. Adakalah digalakkan supaya anda melaksanakan proses pengesahan akaun (Account Identification) setelah mendaftar.
Anda boleh melakukan proses pengesahan pada bila-bila masa setelah selesai mendaftar. Adalah disarankan untuk anda supaya memuat naik (Upload) lampiran kad pengenalan atau lessen memandu yang telah diimbas (Scan) agar akaun anda tidak dbekukan atau dihapus. Kecuali jika komputer tempat anda mendaftar tidak pernah digunakan oleh pengguna lain yang juga merupakan pelanggan marketiva.
Apabila akaun anda dibekukan, anda tidak perlu mendaftar semula kerana biasanya akaun baru tersebut akan dihapus atau dibekukan serta merta. Satu-satunya cara untuk mengaktifkan akaun anda yang dibekukan ialah dengan memuat naik dokumen-dokumen yang diperlukan oleh pihak marketiva.
Bagaimanapun saya menyarankan anda supaya segera melaksanakan proses pengesahan setelah mendaftar supaya anda mendapat 2 manfaat berikut.
Dapat memasukkan dana ke dalam akaun
Bebas daripada pembekuan akaun (suspend/block) apabila anda melaksanakan perniagaan forex di komputer yang pernah digunakan oleh pelanggan lain)
Untuk proses pengesahan, Dokumen yang diperlukan ialah:
Picture Identification: Berupa kad pengenalan yang diimbas(Scan) di dalam format JPEG berwarna (lebih disarankan) atau minimum greyscale/monochrome (bukan fotokopi!). maksimum saiz fail ialah 100 Kb.
Identification confirming the customer’s address: Berupa bil-bil utililiti semasa yang diimbas(Scan) bagi mengesahkan alamat anda, contohnya bil elektrik, bil telefon, bil air dan sebagainya. Jika anda tidak mempunyai dokumen-dokumen tersebut, anda boleh mencuba untuk meletakkan salinan pendua fail kad pengenalan anda di bahagian ini (Tiada sebarang jaminan). Klik di SINI untuk melaksanakan proses pengesahan.
D. Untuk memulakan transaksi Forex di marketiva, bukalah perisian yang telah dimasukkan ke dalam sistem komputer anda. Login atas nama dan katalaluan yang telah didaftarkan dan bertindaklah secara bijak.